Tuesday, September 8, 2009

気持ちのことだ....

Assalamualaikum...

Apa kabar wahai pembaca2 sekalian?
Sudah lama tidak dikemaskinikan weblog ini..
Jadi sudah agak kaku untuk mula menulis semula
apabila dapat peluang..
Jadi aku memutuskan untuk membuk bicara dengan berkata-kata
bak Melayu lama a.k.a bahasa baku. Hahaha, sekali2 nak juga
berlagak macam pria pujangga Melayu

Allah, dah setengah bulan dah ek. Semalam dah pun nuzul quran, cepat betul rasa...
Wahai rakan2,
Dalam bulan ni kan, memang tak dapat disangkal perubahan dalam diri kita.
Iye betul!
Emm, oklah mungkin korang lain kot, tapi bagi aku ada lah jugak perubahan.
Contoh la kan, sekarang ni memang rasa CUUUKUP susah nak marah.
Haha, asal rasa tak puas hati je, mesti nak melenting je rasa...kalau sebelum ni lah.
Tapi sekarang ni hati SEJUUUUUK je, nak marah pun susah.
Umpama air Milo panas dibubuh ais 4-5 biji dalam gelas...
Ahhh...air Milo.....
*Cis silap besar la sebut air Milo masa petang2 ni! B****ng sungguh la!!!!*

*Eit2, sabar Adam sabar....bulan puasa jangan marah2...kena simpan dalam hati*

*Oh ok2, sabar....*

Huu,selain marah, ada lagi perasaan2 yang korang patut korang simpan, dan jugak yang korang tak patut simpan, kena keluarkan dari dalam hati.

Contohnya bila kita gembira, kita kena tunjukkan keGEMBIRAan kita. Betul la kan? '
Kalau kita rasa sedih, tunjukkan keSEDIHan kita, bukan minta simpati, tapi sekadar mencari tempat bergantung...

Ha, kalu marah pula macam tadi, jangan keluarkan keMARAHan kita dalam hati, bak kata orang putih," the one thing you cannot get rid of by losing it is anger", hehe......

Ha satu lagi peringatan, sifat malu pun jangan kita paparkan kepada orang. Kenapa?

Sebab kita boleh sesekali tunjuk keMARAHan kita, atau tunjukkan keSEDIHan kita kepada orang lain, tapi kita jangan sesekali tunjuk keMALUan kita kepada orang lain!! Terutama kepada orang yang rapat dengan kita!!:)

Saturday, August 22, 2009

Salam Puasa...

Diam tak diam menjelma sudah bulan mulia Ramadhan. Salam Puasa saya ucapkan kepada semua pembaca-pembaca, semoga Ramadhan kali ini menjanjikan satu titik perubahan baru bagi anda semua mahupun diri saya sendiri...

Buat masa ini saya sedang berada di pekarangan rumah tercinta di Kuantan, sedang menikmati detik2 terakhir cuti sempena peperiksaan akhir semester baru2 ini...tak nak lepaskan peluang berbuka puasa dengan mak dan abah kat rumah...jadi saya nak mintak maaf lah kepada sesiapa yang menjemput berbuka puasa di luar, terutamanya Ahla yang jemput berbuka kat Mid sorry banyak2...sian Afifa sibuk mesej tanya dapat pergi ke x...sori ar wei, kredit xde ar, hehee.....

Rasa ralat jugak tak dapat pergi. Yelah, Ahla tu budak kelas aku dulu, kelas paling mantap batch form 5 sekolah aku dulu, 5SA...huhu, mana taknya, dengan ketua kelas yang mantap, bergaya,keterampilan macam aku ini(ya, aku ketaua kelasa masa form 5),sememangnya itu satu fakta yang tidak dapat disangkal lagi kan?
*semasa ayat ini sedang ditaip, muka aku tengah tersenyum-senyum kambing taktala aku memuji-muji diri sendiri...*

Hm...betapa aku rindu pada kelas 5SA.
Betapa ku rindu akan kawan-kawan sekolahku.
Betapa ku rindu akan guru-guru sekolahku.
Betapa ku rindu kantin sekolah.
Betapa ku rindu library sekolah.
Betapa ku rindu koop sekolah.
Ah..betapa ku rindu pada mu, SMK Abdul Rahman Talib.